jurnal hidup untuk bagasi muka 1
jurnal ini aku coretkan gabungan permulaannya hidup untuk bagasi hingga hari ini..., tidak banyak yang aku boleh ceritakan.., walaupun sebenarnya permulaan ini agak sukar.., banyak pahit manisnya.., awalnya..., aku hanya melukis suka-suka di atas satu helaian kertas yang masih aku ingat warnanya.., kuning..., aku kebosanan detik itu.., aku mendapat idea untuk melukis menghilangkan kebosanan setelah beberapa hari sebelum itu.., aku terlihat lukisan oleh seniorku.., doodle.., cantik..., jadi aku cuba melukis yang sama hari itu.., ternyata.., ada juga yang memuji.., seminggu aku cuba menghilangkan kebosanan aku mendengar ceramah yang sedikit pun langsung tidak menarik minatku.., tapi ada juga beberapa perkara yang aku dengar..., dan aku jadikan panduan hidup aku sekarang.., setelah seminggu.., aku tunjukkan rakan-rakanku hasil lukisan aku..., tak sia-sia rupanya aku ke kursus yang bosan itu..., mereka memberi cadangan untuk aku menjual hasil karya aku.., dengan melukisnya pula di baju.., tapi dalam fikiran aku.., baju sudah terlalu banyak berada di pasaran.., kenapa tidak aku jelmakan lukisan-lukisan itu di atas bagasi.., lama juga aku mahu memulakan perniagaan ini.., tanggal 21 jun 2009.., pada hari jadi ku yang ke-20..., hidup untuk bagasi secara rasminya dibuka..., alhamdulillah.., tapi harus anda semua tahu yang aku belum lagi melancarkan jualan bagasi.., tapi aku memulakan dengan t-shirt terlebih dahulu.., semata-mata untuk menyambut ulang tahun h.u.b (hidup untuk bagasi) pada hari jadi ku..., licik sungguh.., tapi jangan ingat sebelum tarikh itu.., aku tidak mengalami sebarang kesukaran..., untuk aku melancarkan 5 rekaan.., pelbagai cabaran harus aku lalui.., cabaran paling besar ialah.., aku tiada duit waktu itu.., cuba anda teka.., bagaimana aku mendapatkan wang untuk memulakan h.u.b..., pastinya meminta dari orang tua ku.., tapi..., mereka tidak tahu yang aku mahu menggunanya untuk perniagaan ini..., tapi.., bukan banyak pun yang aku minta.., hanya rm20.., namun aku cekalkan hati juga untuk memulakan perniagaan ini.., seminggu pertama.., tiada respon.., tapi setelah buka semester baru.., ternyata hasil kreatif ku itu tidak sia-sia aku jual.., dalam seminggu aku mendapat 7 tempahan baju!!! wow.., sangat memberangsangkan..., dan sekarang aku pula sedang cuba mencari pembekal untuk bagasi.., supaya barangan utama aku itu dapat dipasarkan secepat mungkin.., beserta dengan rekaan baru..., sebelum aku mengakhiri jurnal muka 1 ini.., aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menyokong aku.., dan takkan aku lupakan jasa kalian yang mendukung usaha aku.., terima kasih yang sebnyaknya..., semoga tuhan membalas jasa kalian..,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan